ChatCrawlerпоиск по публичному Telegram Открыть приложение
G

Group DausDK

сообщение · 2026-08-27 11:48 UTC
I
Фотография
нажмите — покажем
⛽ Setel kena denda BNM RM637,500 App guna bayar minyak kat Petronas tu kena denda Bank Negara. Duit dalam wallet korang selamat ke? 😱 🏦 Sebab Setel simpan dan gerakkan duit orang ramai, BNM layan Setel sama macam bank biasa. Maknanya wajib ikut peraturan Targeted Financial Sanctions (TFS), iaitu sekatan ke atas nama-nama yang disyaki terlibat pembiayaan keganasan. 📋 Bila kerajaan keluarkan Senarai Domestik, platform macam Setel ada 3 langkah wajib • Update database sekatan sebaik senarai keluar • Imbas semula semua pelanggan sedia ada • Sahkan nama yang berpotensi padan tu betul-betul orang sama ❌ Setel gagal ketiga-tiganya. Maknanya kalau ada nama yang sepatutnya kena block, tak ada apa yang stop dia top up dan gerakkan duit dalam Setel. 🔍 Yang buka kes ni pun Setel sendiri. Setel lapor beberapa nama kat BNM, tapi BNM pergi periksa proses saringan keseluruhan, dan situ semuanya terbongkar. 📅 Denda dikenakan 15 April 2026, Setel bayar habis 6 Mei 2026, dan SOP serta sistem saringan dah dinaik taraf. ✅ Untuk pengguna, tak ada sesen pun hilang dan data tak bocor. Yang gagal bukan sistem yang jaga duit korang, tapi peraturan tapisan yang tak dijalankan betul-betul. 💬 Korang akan terus guna Setel, atau nak balik pakai cash dan kad bank je? Cuba komen sikit 👇🏻
654 ·

Вся лента · оригинал в Telegram

Открыть в Telegram Каталог площадок Искать в ChatCrawler

Слепок открытой публичной ленты из поискового индекса ChatCrawler — «Google по публичному Telegram»; обновляется по мере обхода площадки. Время — UTC.

Только публичный контент, официальный API Telegram. О проекте · Вопросы · Чего мы не делаем · Убрать страницу из выдачи · Каталог