Веб-версияОткрыть в Telegram
PPanduan Telegram

Panduan Telegram

@TelegramTipsMS · канал · Технологии · в индексе с 2026-05-21
31 217подписчиков−499 за неделю
445постов в индексе
P
Panduan Telegram
GIF
Gift Auctions.mp4 · 3.4 МБ · нажмите — покажем
Lelongan Hadiah. Telegram Hadiah edisi terhad dikeluarkan menerusi sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan pengagihan yang adil. Lelongan membenarkan anda untuk letak bida dengan Star. Hadiah kemudian diagihkan kepada pembida tertinggi selepas beberapa pusingan. Bida yang lebih rendah dibawa ke pusingan seterusnya – dan dibayar balik dengan serta merta selepas pusingan terakhir jika anda tidak memenangi.
6 · 21.6K ·
P
Panduan Telegram
GIF
passkeys.mp4 · 5.3 МБ · нажмите — покажем
Kunci Laluan. Anda boleh cipta kunci laluan di peranti anda untuk log masuk secara serta merta dengan kod PIN atau biometrik anda tanpa memerlukan kod SMS. Kunci laluan berfungsi di mana sahaja dan setiap waktu, walaupun jika anda tiada servis – dan boleh segerak dengan aplikasi pengurusan kata laluan anda. Untuk cipta kunci laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci laluan pada mana-mana peranti. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Soalan Lazim kami.
11 · 25.6K ·
P
Panduan Telegram
GIF
log in with passkeys.mp4 · 1.4 МБ · нажмите — покажем
Log Masuk Dengan Kunci Laluan. Selepas mencipta kunci laluan pada peranti anda, anda boleh gunanya untuk masuk ke akaun anda tanpa guna kod SMS. Bukan seperti kod SMS, kunci laluan sentiasa tersedia – dan tidak perlukan nombor fon anda atau pembekal servis. Dengan kunci laluan anda masih boleh pilih untuk log masuk menerusi SMS – jadi pastikan akaun anda didaftar ke nombor fon aktif dalam kawalan anda.
17 · 32.7K ·
P
Panduan Telegram
GIF
gift purchase offers.mp4 · 5.5 МБ · нажмите — покажем
Tawaran Pembelian Hadiah. Bila menyemak hadiah, anda boleh buat tawaran untuk beli hadiah dengan Star atau TON. Tawaran hadiah dilindungi oleh Telegram – memastikan pembeli dan pemilik hadiah selamat daripada skam (penipuan). Untuk buat tawaran, tekan ➕ atau ➕ ketika melihat hadiah dan pilih 'Tawaran untuk Beli'.
19 · 59.4K ·
P
Panduan Telegram
GIF
AI Summaries.mp4 · 4.6 МБ · нажмите — покажем
Ringkasan AI. Pos panjang dalam saluran boleh dengan segera diringkaskan dengan menekan ↔️. Artikel dalam Paparan Segera akan tunjuk ringkasan AI di bahagian atas halaman. Ringkasan guna model AI sumber terbuka pada Cocoon – satu rangkaian berselerak dibina oleh Telegram untuk memaksimum privasi.
38 · 48.6K ·
P
Panduan Telegram
GIF
Gift Crafting.mp4 · 7.1 МБ · нажмите — покажем
Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah boleh digabung untuk kraf versi eksklusif dengan kesan unik. Satu kraf boleh guna hingga 4 hadiah, dengan setiap satu menaikkan peluang untuk berjaya. Mengguna berbilang hadiah dengan sifat yang sama boleh menambah lebih peluang bagi sifat tersebut muncul dalam item akhir.
12 · 23.6K ·
Panduan Telegram
Видео
member tags_1.mp4 · 5.4 МБ · нажмите — покажем
Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka. Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli. Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.
6 · 17.3K ·
P
Видео
disable sharing_1.mp4 · 6.0 МБ · нажмите — покажем
⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1. Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual. Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan ➕ atau ➕ dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.
6 · 17.6K ·
P
Panduan Telegram
Видео
captions for gifs_1.mp4 · 6.3 МБ · нажмите — покажем
Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej. GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya. Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.
7 · 17.6K ·
P
Panduan Telegram
Видео
date formatting_1.mp4 · 5.6 МБ · нажмите — покажем
Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan. 15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.
10 · 25.3K ·
P
Panduan Telegram
Видео
Log In With Telegram_1.mp4 · 5.8 МБ · нажмите — покажем
Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan. Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi. Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.
36 · 28.7K ·
Panduan Telegram
Видео
AI Text Editor_1.mp4 · 8.6 МБ · нажмите — покажем
Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya: 🤝 Formal 🎯 Short 🍖 Tribal 🗿 Zen 🕯 Biblical 💼 Corp Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon. Untuk buka editor, tekan ikon ✨ yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.
4 · 11.6K ·
Видео
Mighty Polls_1.mp4 · 6.4 МБ · нажмите — покажем
Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti. Undian membolehkan anda: • Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen • Set tempoh tertentu • Cipta kuiz dengan jawapan betul Anda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk: • Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen • Pilih beberapa opsyen bila mengundi • Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru • Biarkan pengguna tukar undian mereka • Ubah susunan opsyen • Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh
4 · 14.7K ·
P
Видео
Live and Motion Photos_1.mp4 · 5.2 МБ · нажмите — покажем
Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi. Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik: • Main langsung foto sekali • Main gelung secara berterusan • Main lantunan ke depan dan belakang
8 · 22.3K ·
P
Panduan Telegram
Видео
Guest Bots_1.mp4 · 3.5 МБ · нажмите — покажем
Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.   Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.   Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bual   Untuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.
4 · 10.7K ·
P
Panduan Telegram
Видео
Bot to Bot Communication_1.mp4 · 2.5 МБ · нажмите — покажем
Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.   Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.   Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
3 · 13.5K ·
P
Panduan Telegram
Видео
Chat Automation in Profiles_1.mp4 · 4.7 МБ · нажмите — покажем
Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka. Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan. Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.
7 · 15.5K ·
Panduan Telegram
Видео
Threaded chats and streaming response for bots.mp4 · 4.9 МБ · нажмите — покажем
Benang dan Teks Penstriman untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama. Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.
5 · 23.2K ·
P
Видео
Custom AI Styles_1.mp4 · 5.6 МБ · нажмите — покажем
Gaya AI Tersuai. Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.   Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka.   Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang ➕ 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.
17 · 28.1K ·
Panduan Telegram
Видео
Watch Apps.mp4 · 2.4 МБ · нажмите — покажем
Aplikasi Jam. Telegram juga tersedia pada jam pintar pada Apple dan Android. Aplikasi jam membolehkan anda kirim mesej, urus bual anda dan lagi tanpa memerlukan fon berhampiran.
3 · 9.3K ·
Видео
Rich Formatting.mp4 · 3.4 МБ · нажмите — покажем
Pemformatan Teks Kaya untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI ada akses kepada hampir 100 format teks – seperti tajuk, jadual, matematik atau pemformatan kod dan lagi. Informasi untuk juruprogram tersedia di sini.
4 · 16K ·
P
Видео
Guardian Bots.mp4 · 3.4 МБ · нажмите — покажем
Pentadbir AI untuk Grup. Grup boleh tambah bot AI sebagai pentadbir untuk proses permohonan sertai dengan ciri unik seperti sokongan kapca.
5 · 18.9K ·
Panduan Telegram
Видео
Rich Formatting.mp4 · 3.4 МБ · нажмите — покажем
⭐️ Editor Teks Kaya. Anda boleh cipta artikel dan pos panjang melebihi 32,000 aksara dalam editor visual yang menyokong berdozen opsyen pemformatan seperti jadual, senarai, media di talian dan lagi. Editor juga membolehkan anda menjana teks dan pemformatan mengguna alat AI yang peka privasi.
2 · 8.7K ·
P
Видео
communities_1.mp4 · 8.1 МБ · нажмите — покажем
Komuniti Telegram. Beberapa grup, saluran dan bot boleh dilink bersama dalam satu komuniti, di mana ahli boleh lihat dan sertai bual lain secara segera. Pentadbir dalam komuniti ada kawalan privasi terperinci yang membolehkan mereka untuk sorok bual tertentu dan kawal sama ada ahli boleh tambah bual baru atau hanya pentadbir. Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai bual anda — anda boleh togel sama ada ia dipapar secara bual berasingan atau satu bual yang akan dikembangkan bila dibuka.
6 · 16.5K ·
P
Panduan Telegram
Видео
welcome messages.mp4 · 4.8 МБ · нажмите — покажем
Mesej Aluan. Pemilik grup dan saluran boleh cipta mesej untuk mengalukan ahli baru dan beri mereka informasi ekstra. Mesej aluan hanya boleh dilihat oleh setiap ahli baru – dan boleh mengandungi media, pemformatan kaya dan lagi. Untuk tambah mesej aluan di grup atau saluran anda, buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan.
6 · 13.3K ·

Открытая публичная лента из поискового индекса ChatCrawler — «Google по публичному Telegram»; обновляется по мере обхода площадки. Время — UTC.

Только публичный контент, официальный API Telegram. О проекте · Вопросы · Чего мы не делаем · Убрать страницу из выдачи · Каталог · Поиск · Как мы считаем