ChatCrawlersearch across public Telegram Open the app
ك

كيلس Chat Centre

сообщение · 2026-08-10 13:45 UTC
S
Bagi yang tak faham kes Boleh baca KEADILAN BUAT SEORANG IBU, DAN SAYA KIRA BUAT SEMUA IBU DI MALAYSIA ❤️ Hari ini, saya melihat keputusan ini sebagai satu bentuk keadilan buat seorang ibu — dan pada masa yang sama, satu peringatan buat kita semua. Tidak ada seorang pun ibu yang sanggup kehilangan bayinya. Kehilangan seorang anak adalah sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Namun dalam kes ini, bukan sahaja seorang ibu terpaksa melalui kehilangan yang begitu besar, malah beliau turut berdepan dengan kecaman dan tuduhan yang tersebar luas sehingga seluruh negara mengenal dan menghukumnya berdasarkan cerita yang beredar. Sejujurnya, saya sendiri tidak sanggup membaca segala kecaman yang pernah dilemparkan kepada ibu ini. Kronologi ringkas kes: 1. Puan N memfailkan saman fitnah terhadap Imelda Balchin berhubung komen yang diterbitkan ( rujuk gambar pertama) 2. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah dan memerintahkan Imelda membayar RM50,000 sebagai ganti rugi serta RM12,800 kos kepada Puan N. 3. Imelda kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi pada ketika itu memutuskan bahawa tiada fitnah berlaku dan mengarahkan bayaran yang telah diterima dipulangkan, selain mengenakan kos tambahan RM8,000. 4. Hari ini, tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendengar rayuan tersebut dan memutuskan bahawa unsur fitnah berlaku, sekali gus mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen. Berdasarkan keputusan yang disampaikan hari ini, Puan N berhak menerima semula jumlah yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen, termasuk RM50,000 ganti rugi dan RM12,800 kos, selain RM40,000 kos rayuan yang dikenakan terhadap pihak Imelda. Keputusan hari ini bukan sekadar tentang wang. Ia tentang maruah seorang ibu. Tentang hak seorang manusia untuk mempertahankan dirinya apabila sesuatu kenyataan yang diterbitkan kepada umum memberi kesan besar terhadap dirinya. Pengajaran untuk semua. Tolong Jangan mudah menuduh. Jangan menghukum hanya berdasarkan satu versi cerita. Jangan menyebarkan sesuatu hanya kerana ia sudah menjadi viral atau ditulis oleh seorang doktor. Kerana di sebalik setiap cerita, mungkin ada seorang manusia yang sedang menanggung kesakitan yang kita sendiri tidak pernah lalui. Terima kasih kepada semua peguam yang terlibat dalam perjuangan kes ini sejak dari awal sehingga keputusan hari ini. Semoga segala usaha, masa dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian. Dan buat semua ibu di luar sana… Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi ujian, dan semoga tiada seorang pun ibu perlu melalui kehilangan dan kesakitan seperti ini. Keadilan hari ini adalah untuk seorang ibu. Tetapi pengajarannya adalah untuk kita semua. ❤️ https://www.facebook.com/share/p/1FEWnghCjX/?mibextid=wwXIfr 👆🏼bc komen Thread : https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/Db3AX4lGg39?xmt=AQG04oISYDsS3u14rY2N_R7BXL0PRXdEKPzR_JBHstWSX_Xdkh__MZLsutauAkitfomKdtDK&slof=1 ~sebar

Вся лента · оригинал в Telegram

Open in Telegram Каталог площадок Искать в ChatCrawler

A snapshot of an open public feed from the search index ChatCrawler — “Google for public Telegram”; refreshed as the venue is crawled. Times are UTC.

Public content only, official Telegram API. About · FAQ · What we do not do · Remove a page · Catalog