20 July 2026
21 July 2026
Sebab itu ada pihak yang rasa cukup selamat apabila DS Najib Razak terus kekal di dalam. Bagi mereka, itu adalah jalan pintas paling mudah untuk mengawal naratif tanpa gangguan.
Sebab jika Dsn berada di luar dan masih aktif menulis seperti dulu, habislah segala strategi politik mereka.
Mana-mana pihak yang cuba buat reputation laundering atau menyucikan rekod gagal mereka takkan senang duduk. Sebaik saja mereka mula spin, Dsn akan potong jalan awal-awal.
Nak sembang kari atau petik data sesedap rasa? Dsn tak perlu ulasan beremosi dan menekan-nekan. Cukup sekadar keluarkan perbandingan angka rasmi, data ekonomi dan rekod sejarah yang buat pihak lawan terus terduduk.
Bila ada yang cuba up diri kononnya hebat, dan jadi hero rakyat , satu posting fb daripada Dsn yang lengkap dengan fakta sudah cukup untuk membedah dan membogelkan pembohongan mereka satu per satu.
Bertarung dalam medan hujah, data, dan rekod adalah mimpi ngeri terbesar pihak lawan. Selagi Dsn di dalam , selagi itulah mereka boleh terus menunggang naratif dan berlagak pandai tanpa ada sesiapa yang betul-betul mampu menyangkal mereka dengan tepat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Dsn dan sentiasa sihat dalam jagaan dan Rahmat Allah swt.
Nik Ainul
SeriSebab itu ada pihak yang rasa cukup selamat apabila DS Najib Razak terus kekal di dalam. Bagi mereka, itu adalah jalan pintas paling mudah untuk mengawal naratif tanpa gangguan.
Sebab jika Dsn berada di luar dan masih aktif menulis seperti dulu, habislah segala strategi politik
Kebodohan apakah manusia yg takut dgn DSN ni ...kalau berani dgn hukum Allah biarkanlah DSN bebas....kita tgok sapa yg boleh HIDUP kan Malaysia...
Korang cakap repormasi diketuai oleh org² hebat kan ....kenapa hutang negara makin bertambah dan tak nampak negara maju.
Gerammmn betulllll
Dalam pada kita sibuk berkempen di PRN Negeri Sembilan, jangan kita lupa untuk doakan kesihatan buat Bossku.
12 Jun lepas, saya ada buat hantaran berkaitan tahap kesihatan DS Najib yang kurang memuaskan dan kemungkinan beliau akan melakukan prosedur stent atas nasihat doktor awal Julai. Tapi saya difahamkan prosedur ditunda dan akan dibuat dalam minggu ini.
Untuk pengetahuan semua, 3 hari lagi DS Najib akan menyambut ulangtahun kelahiran ke 73.
Dengan umur yang sudah lanjut, tiada apa yang kita harapkan selain Allah terus memelihara Bossku dan prosedur ini berjalan lancar supaya beliau kembali sihat seperti biasa.
Allahuma amin.
Rf Lias
Cheras